Trip to Melaka 2015

January 02, 2016

Today is the last working day for 2015

31 December 2015

Saja je nak mention...haha takde kene mengena pun. Last day untuk enjoy di office. Minggu depan Bos2 dah ada kat office. Kene serius dah keje...lahai...i hope kerje tak pernah serius...same goes to our life....

Kali ni nak parking kat blog cerita pasal kat Melaka hari tu. Mana lah tau next2 time dapat bantu orang lain pulak nak buat rujukan before pegi ke Melaka.

Nak dijadikan cerita, hari tu Timbalan Pengarah , suggest HRD pegi ikut seminar kat Melaka. So HRDM calonkan la nama kitorang 3 orang , aku , sediah dan dia sendiri untuk pergi ke Seminar tu. Actually kalau Kerajaan Negeri, kursus Generik jarang lah kitorang nak dihantar ke semenanjung..sebab kitorang ada training centre sendiri.

Semangat ok , sebab semua tak pernah jejak kat kat Melaka. So aku pun start le study 2 blog orang , baca review . Aku pasal jejalan ni memang terlebih beria hahaha, aku sampai study goggle street view, nak tau nak jalan kat area mana. Yerlah kitorang takde kereta nak guna kaki dan teksi je bejalan. Banyak review yang komen agak mahal naik beca, dan.........aku rasa abang beca tu kurang mampu nak kayuh basikal kalau aku naik hahahahaha,,,,eh ter underestimate pulak, eh skali dia mampu rempit daaaa sambil bawak aku...

Sebelum tu nak crita sikit pasal trip ni. Act. kursus ni start Isnin. Tapi disebabkan kitorang nak menyelam sambil minum air, kitorang pun pergi awal sikit...hari Sabtu. Kiranya nak cuti-cuti sendiri dululah. Cuti Cuti yang dibiayai oleh opis hehe...tiket office yang beli, just hotel sabtu tu je kitorang sendiri nyer expenses. Hotel untuk hari Ahad sampai Selasa  office yang akan setelkan.




Ok kalau blog orang, aku bosan kalau introduction byk sgt, aku tak sabau nak tgk gambar....hahaha
Kitorang stay kat hotel nih, Hotel Hangout. Hotel ni ada satu kat singapore. Ada beberapa faktor yang dipertimbangkan sebelum memilih hotel. so kita crita pasal hotel pertama dulu.

1) Hotel tu mesti sesuai untuk 3 orang.
2) Hotel tu mesti berada di kawasan yang strategik dan walking distance kalau nak pergi tempat-tempat yang menarik sekitar melaka.
3) Hotel tu mesti nampak cam bersih dan review yang bagus dari customer.

carik punya carik ..terserempak dengan gambar hotel ni....

Tiga!...just nice...
then try lak goggle lokasi..dan try street view....
waw! memang betul-betul kat jonker street..jalan sikit sampai kat bangunan merah tu..jalan sikit agi terus river cruise...ok fine...

rate untk 3 orang RM210 sebab masa tu kira peak sebab weekend.... 

ada beberapa butik hotel yang lebih cantik daripada ni, tapi dari segi lokasi ..yang ni kira win lah..
tempat-tempat yang dekat dengan hotel ni adalah;

1) Hard rock cafe( kira-kira 20 langkah)
2) Jonker street (Kat bawah hotel tu )
3) Stadhuys Melaka
4) Melaka river cruise
5) Kapal besar tu ..muzium kalau tak silap
6) Kedai2 depan kapal besar...(kira tempat makan paling dekat)
7) Menara Taming Sari (Kene jalan kaki sikit dalam 10 minit)

So jimat duit teksi


Gambar dari luar hotel Hangout Jonker

Tempat menunggu, kat sini bleh surf internet , minum2...coffee dia sediakan free, bleh cuci baju sebab washing machine dan dryer dia sediakan. Oh ye telefon pun ada, boleh kol free ke mana mana nombor local jelah

Biasalah..bos memang bz manjang balas wassap

Sediah tengah buat coffee...buat macam rumah sendiri







washing machine dengan dryer..guna syiling ke token ..tak sure sebab kitorang tak guna pun
 Honestly layanan staff kat situ terutama ada sorang uncle tu tersangatlah baik dan ramah. Tempat menunggu tu pun ohseemmm okey..tak berasa 2 jam menunggu.




 Bila panas terik kat Melaka tu dah mula reda, kitorang pun mulalah jejalan . Before tu hotel hang out ada bagi Map...betul2 rasa macam tourist kan ;)


3 of us
Ok tempat pertama...Melaka River Cruise....
jalan punya jalan...akhirnya jumpa jugak tempat nak beli tiket.
Oleh sebab kitorang naik tu sabtu...weekend, so harga tiket jadi RM15.90 guna mykad. Free satu pek makanan dan air. Bagus idea dorang ni ...at least ada makanan takdela rasa rugi sangat kita bayar, bleh makan sesambil tunggu turn naik boat.

view tepi sungai
 Bila dah jalan-jalan tu baru nampak lokasi sebenar hotel-hotel yang selama ni survey kat website je. Tapi kalau aku pegi sekali lagi memang Hotel Quayside tu mmg aku rekemen lah, sebab hotel tu kira strategik sebab betul2 depan river cruise, depan tempat makan, dan dekat ke semua tempat. Hotel tu pun cantik dan unik.


ni masa tengah tunggu turn nak naik bot























 Serius bandar Melaka sangat cantik, air sungai tu je tak best sebab bau dia...ermm...urmmm ermmm.....
Quayside Hotel

Menara Taming Sari...tunggu turn


melantak kat Nandos selepas 40 minit berjalan kaki....rasa nak pengsan.


Jonker Street




Buah kelapak
 So far ni je dapat dimakan kat Jonker street hehe..kebanyakkan peniaga kat jonker adalah berbangsa cina, Melayu yang aku nampak jual kelapa ni je...tak tau lah kat ujung skali jonker tu . Masa aku pegi hujan so tak sampai ke hujung la kitorang berjalan.

View from our hotel

Beca-beca tgh tunggu pelanggan


tuan punya blog yang tak berapa nak kurus





Kat belakang tu adalah hotel Casa Del Rio, aku dah cek rate dia memang agak mahal, tapi pada pendapat aku, daripada dok situ, baik dok kat Hotel Quayside , sebab dua hotel ni berhadapan je , Quayside menang sebab dia dekat dengan lain-lain tempat menarik di Melaka compare to Casa Del Rio lah...tu pendapat aku key...ulang sekali lagi...pendapat...  :)




Kedai kopi yang femes..everyday ramai orang que nak masok
 Kedai kopi ni 15 langkah dari hotel kitorang



Keesokkan harinya, kitorang makan kat depan muzium kapal besau tu..
Bagi aku harga agak murah la...aku ambik 2 lauk...asam pedas dan sotong sekali dengan air RM7
yang penting , sedap!


Dalam pukul 11 , kitorang dah siap siap nak cek out hotel. Ok time to be Cinderella plak...ahahaha..
Dari hotel bajet kitorang berpindah ke hotel star star pulak...

Ahad kitorang pindah ke Hotel Hatten. Kenapa kitorang pilih hotel ni?

1) Kitorang memang cari hotel yang rate rm600 semalam. kongsi 3 orang sebab semua sepakat nak kongsi bilik, tak bawak husband kan..yang lagi 2 tu still single ;)  nak fully utilize entitlement lah kiranya kitorang bertiga. Rugi kalau tak guna. Tapi paling mahal pun rate kat sini RM400++, so agak rugi disitu dalam 200++

2) Hotel ni kira baru beberapa tahun dibuka. Lokasi sangat strategik ada jejantas ok menghubungkan hotel ni dengan Mall2 yang berdekatan. Siap ada laluan bawah tanah lagi...

3) Cam menarik je , oleh sebab bilik kitorang Suite , so tempat check in pun di asingkan kat tingkat 12. Lepas check in ada minum petang disediakan bagi yang menginap di Suite.. senyum..senyum..senyum...tengkiu opisku muahhh hahahah

Patutla ramai orang nak jadi orang kaya...ni baru hotel local..hotel dorang orang kaya kaya kat obersea tu lagilah mantop....



Nila tempat cek in untuk Suite Room


Satu yang aku nak puji , lobi hotel Hatten ni...wangi betol...rasa cam nak tanya je dorang guna perfume apa...bau lembut je..tapi kat mana mana ada bau tu.


Ada buah dia kasi dalam bilik..ada dessert gak ..tart apa ntah lupa nak ambik gambar.
Bilik dia ok gakla, siap ada devider. TV flat screen ada 2. Satu untuk ruang tonton tv, satu lagi kat tempat tidur. toilet lawa...cam biasa ada weight scale.

View : kitorang pilih pool view ...saja nak tgk swimming pool malam2 :)
           tp tak sempat pun nak pegi kat pool tu ambik gambar. Ambik gambar dari jauh jelah.

Ahad , kitorang punya aim nak gi shopping je, sebab aktiviti melawat lawat dah buat semalam. Tu juga faktor kenapa Hotel Hatten dipilih.

Ais krim teh tarik kat Dataran Pahlawan




Sticky ..Dataran Pahlawan









View swimming pool Hotel Hatten dari bilik








RM1800...Sekian terima kasih

Body cantik pakai apa pun cantik. Masa ni ada sale 50%. So harga jadi RM160












Ok Sediah ni memang suka begambo hehe.....

The Next Day 
Isnin, Kitorang gerak dari Hotel Hatten ke Hotel King Green kira-kira pukul 8. Naik teksi. Kat Melaka ni, pegi mana mana area sekitar town semua flat rate RM20. Lokasi kursus adalah di Hotel Kings Green. Nasib baik kitorang tak stay kat hotel tu. Lokasi dia memang jauh dari Bandar , kalau ada transport takde masalah kot. 

Hotel Kings Green
Serius  okeyh...sebab penceramah asyik tanya soalan ...seminar ke apa ni..? rasa macam study kat uitm plak.

Seminar dari 8 hingga 5 petang sahaja. Malam kitorang free and easy wat aktiviti sendiri. Malam last tu kitorang just beli saki baki barang yang tak setel lagi. Shopping makanan-makanan kering je. Kalau nak compare dari segi barang barang lain, kat Kuching pun ada so tak yah berat-berat sangat nak bawak naik kapal terbang. Beli bende yang takde sahaja.

Last day
Seminar  tamat dalam jam 12 tengah hari. Kalau ikutkan esok adalah perjalanan balik ke stesen masing-masing, tp oleh sebab hari Rabu tu ada Anugerah Ketua Menteri, terpaksalah jugak balik. Uncle teksi awal dah standby kt hotel nak bawak kitorang ke KLIA. Oh ye tambang dari Melaka ke KLIA adalah RM180. Kalau naik teksi dari KLIA ke Melaka RM159 murah sikitla dari KL. Kalo naik bas RM28 kalau tak silap. 

Overall Melaka agak best sebab dekat dengan KL dan cantik...tapi dari segi Shopping tak kot..sebab Kuching lagi banyak Mall 2015 ni Hehehe...
Kalau ada peluang memang nak datang lagi ..tapi maybe untuk jejalan sesaja. En.Hafiz dah agak puas pegi Melaka ni sebab haritu dia kurus2 minggu kat sini. Kalau nak datang romentik romentik maybe aku stay kat swiss garden, Haritu ada gak survey hotel tu, cantik..paling tinggi kat Melaka, cuma hotel tu jauh dari dataran Pahlawan. Kitorang kan jalan kaki jadi kenelah stay kat tempat yang strategik sikit. Ohye ada shopping mall kat swiss garden tu..The Shore kalau tak silap. Tapi tak berapa nak best la...cam tak berbaloi je kitorang jalan kaki berkilo kilo meter haritu sebab nak gi the Shore, sampai situ makan kat Nandos je hahaha ntah papa ntah. Jambatan Kaca dia kat atas tu ada RM18 kalau tak silap..tapi tak pegi pon...

Ok Feb ni Insya Allah nak pegi Ke Langkawi plak dan KL...kali ni bawak parents. Harap-harap bos aku approve cuti.Hai...nak apply cuti sendiri pun susah hati.  Jumpa lagi lain kali. Kursus Ke Sabah haritu tak letak pun dalam blog....anak tiri haha...

ok..Bye

















































You Might Also Like

1 comments

Early August 2017, Meet gurlfren, Song Joong Ki, ilead Talk, KTS

Betul betul lama sungguh tak kunjung ziarah ke sini. Semenjak entri tentang Melaka lepas tu terus kacang lupakan kulit ... 😌 Ju...

Like us on Facebook

Instagram